Delicious LinkedIn Facebook Twitter RSS Feed

'Nikah gantung tangani kemaruk nafsu, buang bayi


Petikan daripada http://www.malaysiakini.com/news/140859
Salah satu cadangan yang baik.

Proses perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu
terjebak dalam kancah seks bebas, kata ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan.

Menurut, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:

# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
# Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan.
# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
# Merendahkan hantaran perkahwinan.

"Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai nikah gantung," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Cuma bezanya, tegas beliau, ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:

# Masih menuntut di kolej atau univerisiti.
# idak mempunyai kemampuan menyewa rumah.
# Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.


Nasrudin berkata, kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara.
"Andainya dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, belajar bersama, bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, mka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

"Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan).

"Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah," tambahnya .

Menurutnya lagi, kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit.

"Malah mereka juga takut untuk kembali ke pangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama .

"Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara," tegasnya lagi.

5 Tips Cara Melindungi Anda di Laman Facebook




5 Tips Cara Melindungi Anda di Laman Facebook
Petikan daripada: 5 Tips protect yourself on Facebook http://www.itnews.com/social-networking/21277/5-tips-protect-yourself-facebook by Sharon Gaudin
Pertama
Fahami langkah-langkah tetapan keselamatan Facebook dan gunakan.
Larry Hawes, seorang penganalisa di Gilbane Group mengingatkan kepada pengguna bahawa mereka perlu mencari tetapan keselamatan Facebook dan meluangkan masa untuk mempelajarinya. Cara untuk mengawal segala maklumat persendirian untuk dikongsi, aplikasi dan laman web yang lain.

Augie Ray, seorang penganalisa di di Forrester Research mengatakan bahawa pengguna perlu mengawal maklumat untuk dikongsi dengan rakan yang lain.

Kedua
Siapa rakan anda?
Disimpulkan bahawa kita perlu tahu siapa rakan kita. Adakah mereka rakan dan ahli keluarga kita?. Pastikan rakan di Facebook ialah orang yang kita percayai.

Ketiga
Berhati-hati dengan pelbagai aplikasi
Ray telah mengingatkan bahawa pengasas aplikasi di Facebook yang digunakan boleh mengakses data dan data rakan anda.

Ia bermaksud kita perlu berhati-hati untuk membuat kuiz seperti “Would you make a good FBI agent?” atau “What’s the theme song to your high school last year?”

Kita perlu hanya menggunakan aplikasi yang boleh dipercayai. Mungkin kita akan terkejut jika kita dapati betapa banyaknya aplikasi yang telah kita gunakan tanpa tahu kesannya.

Ray menasihati pengguna agar pergi ke Facebook Privacy Settings dan pergi ke Applications and Website link. Di sana pengguna boleh klik pada “Remove Unwanted or spammy applications”.

Keempat
Berhati-hati sebelum kamu taip
Kamu perlu berhati segala post status yang telah dibuat. Pastikan ianya tidak mengganggu hubungan kamu dengan orang lain. Sebagai contoh, keluarga atau majikan.

Pengguna perlu sedar bahawa apabila mereka post sesuatu yang persendirian pada laman web sosial ia bermaksud maklumat itu akan terpapar pada setiap skrin komputer.


Kelima (Tanpa terjemahan)
*Malicious eyes
Sit down and closely look at your Facebook page and consider what a malicious person could do with any of the information you've posted.
"Try to be objective and ask yourself, 'If I really hated this person or wanted to take advantage of her, is there anything I could do with this information to mess with her?'" said Olds. "If the answer is yes, then consider what kinds of information you're posting on your Facebook page and make the appropriate adjustments."
Analysts also warned users to not post any information that could be used in an identity theft scheme. Avoid listing your birth date, home address, children's names, phone numbers and social security numbers.

Harap dengan sedikit tips ini dapat menjadikan kita pengguna facebook yang berhati-hati.
*Cara kelima tidak diterjemah, untuk baca keseluruhan sila rujuk link ini http://www.itnews.com/social-networking/21277/5-tips-protect-yourself-facebook

Panduan guna Internet secara selamat





Petikan daripada Utusan Malaysia Online arkib 9/8/2010 oleh Firkhan Ali Hamid Ali

INTERNET atau rangkaian komputer awam merupakan satu tempat yang sangat popular digunakan untuk mencari sebarang maklumat atau melakukan pelbagai transaksi dan aktiviti seharian seperti jual beli, perbankan, permohonan, semakan dan pelbagai lagi.

Teknologi Internet ini dibina dengan kaedah protokol rangkaian TCP/IP secara eksperimental oleh beberapa universiti dan agensi kerajaan di Amerika.

Tujuannya adalah untuk merangkaikan komputer secara fleksibel dan mudah tanpa mengambil kira aspek keselamatan bagi kaedah tersebut.

Dengan itu, Internet merupakan satu alat yang sangat popular, mudah dan murah digunakan untuk membuat aktiviti-aktiviti tertentu.

Namun begitu, dari segi keselamatannya ia agak longgar dan tidak terjamin kecuali pengaksesan Internet itu dibuat dengan cara-cara tertentu untuk tujuan keselamatan.

Di sini dibincangkan beberapa cara yang boleh dipraktikkan secara umum untuk akses kepada teknologi Internet secara selamat.

Secara umumnya, tidak mengira apa jenis aplikasi yang dipakai menerusi Internet, data dan transaksinya perlulah dienkripsikan kerana berkemungkinan besar.

Data-data yang diakses menerusi Internet ini boleh dicapai dengan mudah sebelum ia sampai ke destinasinya.

Jadi, sekiranya ia dapat dicapai, data-data yang dienkripsikan tadi adalah dalam bentuk yang tidak bermakna.

Penceroboh perlu melakukan pecah masuk ke dalam sistem enkripsi data itu terlebih dahulu untuk dia mengetahui apa yang terkandung dalam data-data atau paket-paket tersebut.

Sekiranya data-data atau paket-paket tersebut tidak dienkripsi, segala kandungan dan maklumat yang diperolehi oleh penceroboh tersebut adalah dalam bentuk yang nyata dan jelas.

Sebagai contoh, sekiranya ia dapat kata laluan, By32u2 , itulah data yang penceroboh itu akan dapat.

Isu keselamatan dalam capaian Internet boleh ditangani dengan tiga faktor iaitu polisi atau undang-undang, pendidikan dan perimeter atau teknikal.

Perbincangan ini akan melihat isu keselamatan capaian Internet dari segi teknikal atau perimeternya.

Kompromi akaun perbankan Internet Pengguna Servis komunikasi dan log in dalam Internet yang menggunakan protokol HTTP untuk melayari web, protokol POP3/SMTP dan IMAP untuk e-mel, protokol TELNET untuk capaian sistem komputer daripada komputer lain dan protokol FTP untuk pemindahan fail tidak dienkrip.

Ini bermakna data atau paket yang dihantar dan diterima adalah dalam bentuk teks yang nyata atau clear text.

Jadi, untuk melayari atau masuk atau log in ke dalam laman web yang sensitif terutamanya yang melibatkan transaksi wang, pastikan laman web tersebut menggunakan protokol HTTPS/SSL.

Protokol Secure Socket Layer atau SSL ini akan enkrip data yang terlibat dengan tanda-tanda seperti berikut:-

lAlamat URL web tersebut akan dimulai dengan https:// dan tidak http://.

lPelayar web pula akan melihatkan ikon kunci mangga atau ruang alamat web akan berwarna hijau atau tanda-tanda yang lain.

Penggunaan aplikasi capaian e-mel atau client seperti Outlook dan Thunderbird yang menggunakan protokol-protokol e-mel yang tidak selamat perlu ditambah baik dengan menyertakan sekali dengan protokol keselamatan SSL yang akan mengenkrip sambungan e-mel tersebut.

Namun begitu, penggunaan protokol enkrip ini perlu disokong atau dibenargunakan oleh konfigurasi pada komputer pelayan e-mel tersebut.

Sekiranya begitu, keadaannya dan sistem e-mel itu menyokong akses menerusi web, capaian e-mel boleh dibuat menerusi web dengan menggunakan protokol keselamatan HTTPS/SSL.

Bagi kemasukan ke dalam sistem komputer secara jarak jauh daripada komputer lain menerusi Internet, elakkan penggunaan aplikasi yang menggunakan protokol TELNET.

Gunakan aplikasi untuk kemudahan ini yang berupaya menggunakan protokol keselamatan SSH atau Secure Shell.

Pemindahan fail menerusi Internet seperti muat turun dan muat naik sesebuah fail adalah mudah menggunakan aplikasi FTP tetapi ia tidak selamat kerana data atau fail tersebut tidak dienkrip.

Penyelesaiannya, gunalah aplikasi pemindahan fail menerusi Internet ini yang menyokong protokol keselamatan seperti protokol SSH, SSL with FTP atau SFTP dan SCP.

Namun begitu, penggunaan protokol keselamatan dalam aplikasi pemindahan fail ini perlu disokong oleh komputer pelanggan dan komputer pelayan.

Kemudahan capaian teknologi Internet memberi banyak manfaat kepada manusia untuk menjalankan aktiviti seharian. Namun begitu, secara lalainya atau default ia tidak selamat kerana sejarah pembinaannya adalah untuk kemudahan sambungan di antara komputer-komputer tanpa memikirkan isu keselamatan.

Penggunaan apa sahaja aplikasi Internet secara selamat memerlukan penggunaan protokol-protokol keselamatan seperti SSL, SSH, IPSec dan lain-lain.

Ini kerana, protokol-protokol keselamatan ini akan enkrip data-data, paket-paket dan sambungan daripada komputer anda ke komputer lain menerusi sambungan rangkaian awam ini atau Internet.

Teknologi Internet generasi baru yang menggunakan protokol IPv6, meletakkan protokol keselamatan di dalamnya sebagai sesuatu keutamaan dalam capaiannya.

Asal usul komputer sekarang...





Sedikit mengenai asal usul komputer:

Alat pertama yang digunakan untuk membuat proses pengiraan ialah abacus. Abacus telah direka di Asia tetapi telah digunakan pada zaman kuni Babylon, China dan meluas di Eropah hingga lewat zaman pertengahan. Abacus ialah sistem yang menggunakan biji seperti tasbih pada satu rak bagi operasi penambahan dan penolakan. Pada tahun, 1642 ahli filisofi Perancis dan ahli Matematik Blaise Pascal telah memperkenalkan satu alat pengiraan iaitu Pascaline. Fungsi pascaline juga terhad seperti abascus iaitu hanya boleh melakukan proses penambahan dan penolakan. Kemudian pada kurun ke 17, Gottfried von Leibniz memperkenalkan satu alat yang boleh melakukan proses penambahan, penolakan, pendaraban dan bahagi. Pada tahun 1819, Joseph Jacquard penenun perancis telah menemui pemberian arahan untuk alat penenunnya yang boleh disimpan pada kad dengan ditebuk lubangan padanya. Ketika kad bergerak pada mesen penenun mengikut susunan, jarum melepasi lubang dan memilih benang bedasarkan warna dan susunan yang tepat. Idea menyimpan maklumat pada kad yang ditebuk lubang menjadi pemangkin dalam perkembangan komputer.

Pada awal dan pertengahan tahun 1880, Charles Babbage seorang ahli matematik Inggeris dan sainstis fizik, mereka bentuk dua mesin pengiraan iaitu perbezaan engin dan penganalisa engin. Perbezaan engin secara automatik boleh membuat pengiraan kompleks seperti kuasa nombor(squaring numbers). Babbage hanya membina prototaip pembezaan engin tetapi alat sebenar tidak pernah dihasilkan. Penganalisa engin termasuk input device, memory storage, control unit yang membenarkan arahan-arahan diproses dalam susunan. Kebanyakan kerja Babbage dikenali dengan ditulis oleh rakannya iaitu Ada Augusta. Augusta dianggap sebagai komputer programmer yang pertama.

Pada penghujung kurun ke 19, U.S. Census Officials memerlukan pertolongan untuk taburan dan bancian data. Herman Hollerith memperkenalkan alat pengiraan yang menggunakan tenaga elektrik dan menggunakan punch kad bagi penyimpanan data. Alat ciptaan Hollerith telah berjaya. Beliau mengasaskan Tabulating Machine Company, yang kemudiannya menjadi syarikat komputer dan teknologi yang dikenali sebagai IBM.
Komputer pertama seperti mesin ialah Mark1. Ia dibina pada tahun 1944, menyertai IBM dan Universiti Harvard di bawah ketua Howard Aiken. Punched cards (kad tebuk) digunakan untuk memasukkan data dalam mesin. Panjang Mark1 ialah 52 kaki, berat 50 tan dan mempunyai 750 000 bahagian. Pada tahun 1946, ENIAC (Electronic Numerical Integrator and Calculator) telah dibina di Universiti Pennsylvania. Ia mengandungi 18 000 saluran vakum dan seberat 30 tan.

Rekaan komputer hari ini menggunakan rekaan yang dibuat oleh John von Neumann pada akhir tahun 1940. Rekaan beliau termasuklah kompenen seperti arithmetic logic, control unit, memory dan input/output devices. Rekaan komputer Von Neumann membolehkan penyimpanan arahan program dan data pada ruangan memori yang sama. Pada tahun 1951, UNIVAC (Universal Automatic Computer) telah dibina dan dijual kepada U.S. Census Bureau.

Sumber: Terjemahan daripada buku D.S. Malik (2008). Java Programming: An Overview of the History of Computers. 2-3.

Zaman rock kapak takkan berakhir?




Assalamualaikum dan salam hormat,

Topik kali ialah adakah zaman rock kapak akan berakhir? Antara banyak² genre muzik kat dunia ni, aku paling minat lagu rock kapak. Banyak sebab minat muzik ni,
1) lirk mantap bebb
2) muzik best
3) tak muak dengar even banyak kali
4) banyak "kenangan"

Tapi sayang zaman sekarang ni tak ramai generasi baru ni yang minat lagu rock kapak ni.. Kalau nak dengar lagu² macam ni pun kat sinarfm atau pun suriafm selalu on.. kalau stesen radio lain? amfesss... kadang² ja on lagu rock kapak.. kalau on pun lagu yang sama ja..

Alang² dah post pasal rock kapak ni.. nak gak lahh kongsi antara lagu yang best2..
1) Fotograf - luka seribu rindu; di alam fana cinta
2) Wings - semalam yang hangat, di ambang wati, bernafas dalam lumpur, biru mata hitamku
3) Aris Ariwatan - lamunan terhenti; cinta tak kenal siapa
4) Visa - untukmu selamanya
5) wow - engkau tetap satu
6) Slam - nur kasih, kembali terjalin, jika kau rasa getarnya
7) Leon - merisik rindu
8) Sup - rintihan jiwa
9) Def Gab C - ibu kota cinta,
10) Hattan - memburu rindu, mahligai syahdu
11) spring - butakah cinta, bourgenvilla
12) May - jemu, sinar, sendiri, riwayat mandolin
13) Samudera - Janji yang terakhir, titian hasrat
14) CRK - Cinta dan airmata
15) ..... banyak lagi kalau nak wat list ni... yang penting suma lagu rock kapak mostly best!

Orang zaman sekarang mesti lagi banyak lagu dalam band indie. Aku pun minat gak lagu² indie... tapi tak tak boleh kalah la dengan lagu rock kapak ni...

Walaupun lagu² lama tu best macam lagu visa, tapi disebabkan masalah tertentu hidup mereka sendiri pun susah... banyak band2 yang best dulu dah tak menyinar macam band yg femes eg. Wings & Search... Tapi syabas kat Wings & Search sebab mereka masih memperjuangkan konsep lagu rock kapak ni dengan adanya konsert double trouble. Kalau dulu ada rancangan kat astro ria pasal band lama2 ni... dari situ dapat tau selok belok band tu... macam konspirasi dalam wings...

Kalau nak tengok video rock kapak lama² kat youtube ada banyak... video kat juara lagu pun ada... even performance mereka tak berapa sangat.. tapi layan gak lahh... Yang mana nak karoke pun ada ja video.. kui3~... tapi macam lawak sikit lah video die.

Harap, ramai yang akan layan lagu rock kapak ni... rock kapak malaya is da best!!!

My First Post


Assalamualaikum dan salam hormat,

Pertama sekali sampai juga hayat saya hendak menulis di blog ini. Susah juga nak buat blog ni.. 1st, kene fikir nama link.. then.. konsep apa nak dibuat dalam blog ni. jadi, saya namakan blog ni sebagai black in black. Tak tahu pun mana dapat idea tu, cuma spontan jaa.. mungkin ada ayat dalam post ini atau selepas ini agak "skema", sebab saya fikir gaya penulisan blog ni saya tetapkan formal 50% tak formal 50%. Harap rakan² yang lain dapat beri tunjuk ajar sikit cara nak handle blog ni.

Kalau bab² design ni saya agak tak kreatif dan tak mahir, jadi blog ni warna hitam cam ni ja.. Yang penting isi dalam blog tu dapat dikongsi :D. Post yang berikutnya mungkin ada membincangkan isu² sekarang atau masa lepas. Komen dan idea kamu semua amat saya hargai sekali. Jadikan blog ini tempat kita bertukar fikiran.

*Let`s FB azri_zulfadhli@yahoo.com Email: azri.zulfadhli@gmail.com