SENARAI TUGAS
GURU PENYELARAS BESTARI
Peringkat : Sekolah Menengah/Rendah
Jawatan : Guru Penyelaras Bestari (DG41 / DG29)
Waktu
Bertugas : Mengikut waktu persekolahan. Bagi sekolah dua sesi,
waktu bertugas boleh
disesuaikan merangkumi
kedua-dua sesi.
1.
Merancang dan mengajar
Matapelajaran antara 12 waktu seminggu.
2.
Sebagai penghubung tunggal
(single point of contact) bagi pihak sekolah.
3.
Mengurus dan menyelenggara
kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi yang dibekalkan serta
menyelesaikan serta menyelesaikan
masalah teknikal yang mungkin timbul.
3.1
Memastikan
kemudahan insfrastruktur teknologi yang diterima daripada pembekal atau kontraktor
memenuhi spesifikasi seperti ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.
3.2
Mengurus
dan memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik setiap hari termasuk
peralatan rangkaian seperti pelayan, modem, router, hub dan sebagainya.
3.3
Memastikan
kesemua insfrastruktur teknologi berada dalam keadaan baik.
3.4
Memastikan
kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik kemudahan
insfrastruktur teknologi tempatan.
4.
Menyediakan keperluan
peralatan ICT untuk guru dan membantu serta membimbing mereka sewaktu
menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
4.1
Memastikan
semua aplikasi perisian yang dipasang berfungsi seperti yang diperlukan oleh
pihak pengguna.
4.2
Mengurus
keperluan insfrastruktur teknologi untuk kegunaan warga sekolah dan membantu
serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam aktiviti-aktiviti sekolah.
4.3
Mengurus
kemudahan bahan-bahan multimedia untuk kegunaan guru seperti sidang video,
penggunaan LCD projector, TV connector dan sebagainya.
5.
Melatih guru menggunakan
kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
5.1
Memastikan
bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem
aplikasi seperti Bahan Pengajaran dan Pembelajaran.
5.2
Memastikan
audit penggunaan kemudahan ICT dijalankan untuk menentukan keberkesanan
penggunaan tersebut.
6.
Melatih staf menggunakan
kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam
aktiviti pengurusan dan pentadbiran.
6.1
Memastikan
bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengurus sistem
computer (hardware & software) dan aplikasi perisian.
6.2
Meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran guru-guru dan kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem
aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Bestari.
6.3
Memastikan
penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart School Management System
atau SSMS) dalam pengurusan sekolah beroperasi dengan baik.
7.
Menyelaras penilaian
perisian pendidikan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditentukan oleh
Kementerian Pendidikan.
7.1
Menilai
perisian Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan lain-lain perisian yang dibekalkan.
8.
Sebagai pengurus e-mel.
8.1
Mengurus
akaun dan e-mel warga sekolah.
9.
Memastikan integriti dan
keselamatan data.
9.1
Memastikan
supaya ciri-ciri polisi keselamatan (security policies) dipatuhi seperti yang
ditetapkan oleh pihak pengurusan.
9.2
Memastikan
keselamatan kemudahan insfrastruktur teknologi dengan langkah-langkah seperti
berikut:-
9.2.1
Memastikan
pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang ditempatkan banyak komputer.
9.2.2
Memastikan
bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang diberi kuasa sahaja.
9.2.3
Memastikan
alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.
9.2.4
Memastikan
alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan berada di tempat-tempat yang
telah dikenal pasti.
9.3
Memastikan
keselamatan melalui langkah-langkah berikut:-
9.3.1
Memastikan
konfigurasi sistem beroperasi dengan baik dan lancar.
9.3.2
Memastikan
computer bebas dari virus.
9.3.3
Memastikan
alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.
9.3.4
Membuat
backup dan replikasi maklumat mengikut jadual yang disyorkan.
10.
Sebagai pakar rujuk dan
pegawai sumber (resource person) ICT sekolah dan sentiasa mengikuti
perkembangan ICT semasa.
10.1
Memainkan
peranan sebagai pakar rujuk kepada pengguna yang menghadapi masalah dengan
sistem pengoperasian, perkakasan dan perisian seperti Windows, SSMS, MS Office,
E-mail, Internet, Printer, dan lain-lain lagi.
10.2
Mengenal
pasti masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan perkakasan, sistem
pengoperasian, sistem rangkaian atau perisian-perisian seperti Pengurusan Sekolah
Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan menyelesaikan masalah-masalah
yang dihadapi.
10.3
Menentukan
kelancaran perjalanan sistem rangkaian secara keseluruhan dan sentiasa
memastikan bahawa pengguna (Enduser) dapat menggunakan sistem dan aplikasi secara
optimum.
11.
Menyediakan laporan dan
maklumat perkembangan aktiviti sekolah bestari kepada pihak yang berkenaan.
11.1
Menjalankan
Configuration Management Audit mengikut jadual yang ditetapkan.
11.2
Menjalankan
pemantauan dan menyediakan laporan terhadap kecekapan rangkaian, tahap
penggunaan komponen Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari supaya membantu
perancangan menaik taraf kemudahan ICT sekolah.
11.3
Membantu
menyediakan belanjawan keperluan ICT untuk sekolah.
12.
Mempertingkatkan budaya ICT
di sekolah.
12.1
Menyediakan
garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan kemudahan insfrastruktur teknologi.
12.2
Merancang,
mengurus dan menyelaras laman web sekolah.
13.
Menjalankan tugas-tugas
lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa ke semasa.
13.1
Memberi
penerangan kepada para pelawat sama ada dalam negeri dan luar negara mengenai
Penyelarasan Bersepadu Bestari.