Delicious LinkedIn Facebook Twitter RSS Feed

Cuma melemparkan pandangan/persoalan

Cuma melemparkan pandangan/persoalan:


1) Kenapa sebelum belajar tu nak pinjam PTPTN? Kenapa tak gunakan duit sendiri? Tak dipaksa untuk pinjamkan? Lepas ni kalau dah kahwin, simpan duit utk pelajaran anak2. Ok ?


2) Lepas dah guna abis duit PTPTN ramai lak sibuk join anti PTPTN, katanya, klau x bayar akan dicarik sampai lubang cacing (mmg pun akan dicari!). Masa belajar dulu kalau duit PTPTN lambat masuk merungut/hangin satu badan. Maki PTPTN lambat buat kerja, kerajaan dah x da duit, bla bla bla... 


3) Personal opinion, tak salah kalau nak tuntut malah mmg patut tak dikenakan bunga/caj perkhidmatan daripada pinjaman PTPTN. Kalau benar2 kerajaan peka pendidikan negara kenapa dikenakan caj lebih masa nak bayar? *kata hasil pelaburan banyak... cincin boleh belikan?? Beli belah masa lawatan rasmi boleh kann ??? Makan besar di hotel2 bolehkan??? Sedangkan masa tu ada rakyat kita kelaparan... 


4) Pernahkah kita muhasabah diri, apa yang kita dah buat dengan duit PTPTN? Top up? Kol bf/gf siang malam, keluar dating, tengok wayang, karoke, join MLM/cepat kaya, beli rokok? Kalau diminta beli buku yg harga mahal sikit dah merungut. Kalau diminta binding cover plastik/jilid pun merungut mahal. Apalah sangat duit sikit tu digunakan utk pelajaran kita? Memang duit pinjaman tu khas utk biaya pendidikan kita pun.


5) Dekat2 nak PRU ni macam2 lah taktik digunakan tak kiralah parti mana pun. Isu ini mmg khas utk menarik pengundi muda/mahasiswa. 


6) Mahasiswa yang berdemo tu belajar mcm mana? Kelas datang tak? Esemen antar tak? Kalau dah buat pinjaman tu, selagi PTPTN belum dihapuskan, bayarlah... dah buat perjanjian kan... 


7) Dulu pernah terbaca, kata mereka bantuan BR1M, bantuan RM200 ni diberikan boleh bankrapkan negara. Tapi kalau PTPTN dilupuskan tak bankrap lak negara?


8) Dah adat politik, bila duduk di atas pasti kroni2 diutamakan rakyat dibelakangi tak kisahlah parti mana pun. Mungkin ada sikit sahaja ahli politik yg benar2 amanah dan ikhlas. Contoh, kalau kita jadi org atasan, mest nak bantu sedara mara/adik beradik kita dulu, kawan2, barulahh.... orang lain... Sama macam kalau intebiu keje... kabel main peranan...


9) Nak tahu pasal parti A, bacalah blog parti B dan sebaliknya. Seeloknya, bacalah dari sume sumber . Masing2 akan menjatuhkan sama sendiri. Perasan atau tidak “masing2” tu adalah orang kita... 


10) Perlu ingat info(maklumat/gambar/video) di Internet amat mudah dimanipulasikan. Janganlah percaya bulat2 apa yang disebarkan oleh mana2 pihak kerana ia adalah demi keuntungan pihak tertentu.


11) Fakta sejarah boleh dipertikaikan kalau benar2 kukuh apa yg didakwa. *Isu Mat Sabu. Terusik hati askar yg putus kaki dek jerangkap samar komunis dlu.


12) Sekarang, kalau polis kene langgar lari/kene tembak berita macam2 tu je... tak heboh mana pun kat FB. Kalau segelintir polis buat salah heboh satu Malaya, heboh tubuh jawatankuasa ini, itu..., sidang media siang malam, bla bla bla... Walhal kesahihan masih belum dipastikan sudah dituduh 100% *kalau kena kat kita pasti kita akan buat jugak...kan ? 


13) Tak salah berpolitik, saling membalas hujah asalkan perkara asas (agama/bangsa/negara) tidak diabaikan demi kepentingan masing2.


14) Menjaga agama adalah lebih penting dan sangat penting daripada menjaga parti – dipetik oleh seseorang. 


*Sesungguhnya saya bukanlah bakal pengundi atas pagar, saya hanyalah seseorang yang mengambil yg baik dan buang yg buruk daripada hasil/tindakan/pandangan parti politik tanah air. Kritikan dan pandangan lain amatlah dialukan kerana saya pun masih muda baru mengenal dunia, namun sy amat menghormati pendirian dan pandangan org lain. Tak semua kita buat betul, tak semua kita buat salah, tapi kita perlu berusaha membuat sesuatu dengan betul dan berusaha mengelak buat salah.