Delicious LinkedIn Facebook Twitter RSS Feed

Kuliah Maghrib disampaikan oleh Dr. Asri di Masjid Alwi, Kangar. 12 Jun 2012



Kuliah Maghrib disampaikan oleh Dr. Asri di Masjid Alwi, Kangar. 12 Jun 2012
  • Bezanya antara orang sakit dan orang sihat adalah daripada segi jantung (jiwa/hati sanubari) dan otaknya (minda,akal,pertimbangan). Contoh mudah, bila sakit benda yang sedap jadi tidak sedap.

  • Agama membicarakan mengenai minda dan jiwa.


  • Digalakkan berhujah dengan orang yang fahamannya terpesong atau lain daripada kita. Bukannya menggunakan kekerasan. Berhujah itu mestilah menggunakan akal yang disertai dengan dalil serta menjiwai perasaan sewaktu berhujah. Agar ianya meninggalkan kesan. *isu Irshad Manji

  • Guru yang paling berkesan adalah disukai oleh pelajarnya bukannya ditakuti dan dibenci.


  • Konsep Rahman dan Rahim -> dimulai hampir dalam setiap surah.

  • Allah S.W.T. memberikan rahmat kepada semua orang. Rahmat itu juga diberikan kepada parti A, parti B, kumpulan A, kumpulan B.


  • Jangan sempitkan perkara yang luas.

  • Sekular asalnya daripada Revolusi Perancis – maksud sekular ini berbeza-beza bagi setiap orang sehinggakan ianya jauh sekali menyimpang dengan maksud sekular sewaktu aliran itu muncul. Ada yang menyatakan bahawa sekular ini adalah musuh Islam yang harus diperangi. Maksud asalnya adalah pemisahan antara agama dan politik/sains dan seumpamanya. Contohnya, jika dahulunya ada saintis yang mengkaji peredaran bulan, bintang mereka dianggap sesat. Walhal, orang gereja yang tidak mengetahuinya. Maka, saintis ini telah dihukum. Banyak yang telah dibunuh, dibakar dan sebagainya. Pada waktu itu jugalah segala kitab ilmu daripada Islam telah disekat. Setelah aliran sekular ini muncul, barulah kajian-kajian sains dan teknologi telah berkembang. Konsep sekular ini berbeza dengan sekular yang berlaku di Turki. Di mana Kamal Atartuk telah membawa sekular ini untuk diterapkan di Turki. Namun begitu, sekular yang dibuat di Turki adalah berbeza dengan apa yang berlaku di Perancis. Terdapat campur aduk di mana pemerintah banyak melarang agama melakukan sesuatu. Seolah-olah amalan agama itu penyebab ketidakmajuan. Maka, timbullah larangan yang menyekat amalan agama. Definisi sekular yang banyak difahami oleh orang sekarang adalah sekular yang berlaku di Turki.

  • Kerajaan boleh dikritik dan diberikan pandangan yang kedua oleh orang yang mahir/profesional bukannya dimaki hamun. Tiada tertulis dalam kitab kita bahawa untuk menentang kerajaan dengan cara memaki hamun/berkata kesat.


  • Mengangkat senjata melawan kerajaan Malaysia adalah haram kerana kerajaan negara ini tidak “menyembelih rakyat”. Walaupun begitu, kerajaan bukanlah syumul (lengkap) untuk tidak boleh dikritik. Kritikan yang dilemparkan haruslah bukan kerana ingin menjaga kepentingan masing-masing. Tidak boleh menumpahkan darah sesama Islam. Malaysia dan Syria adalah berbeza sama sekali. Revolusi yang berlaku di luar negara tidak boleh dibawa masuk. Iklim politik di Syria adalah berbeza, di sana kerajaan benar-benar “menyembelih rakyat”.

  • Mengikut kitab, politik adalah berlaku adil dan memberikan hak kepada rakyat dan hak kepada kerajaan. Ada diceritakan, ulama akan mengambil satu kerusi itu hanyalah untuk jalan agama bukanlah matlamat politik semata-mata.


  • Ada hadith mengikut latar masa/situasi. Contohnya, ada hadith menyatakan apabila berjumpa dengan orang Yahudi atau Nasrani tolak ketepi. Mengikut situasi sewaktu hadith itu dikeluarkan, adalah waktu perang (takkan jumpa musuh nak cakap, “salam syeikh!”). Namun, ada orang yang menggunakan hadith itu untuk memerangi orang Yahudi walaupun orang itu tidak ada unsur-unsur memerangi kita. Tapi, hadith mengikut latar/situasi ini bukanlah melibatkan soal hukum seperti solat Subuh dua rakaat itu adalah sesuatu yang tidak berubah-ubah. *Beliau juga mengatakan bahawa satu hadith ada pelbagai tafsiran dari pelbagai ulama.

  • Demokrasi yang diamalkan sekarang adalah lebih baik jika dibandingkan dengan monarki dan sebagainya. Secara mudah, jika sesuatu parti itu tidak baik harus ditolak ketepi dan kita pangkah parti yang baik.

*Segala yang dicatitkan ini adalah secara langsung daripada inti pati kuliah disampaikan oleh Dr. Asri. Tiada unsur-unsur tambahan dibuat. Jika ada tersalah, tersilap, terkurang, tertambah adalah secara tidak disengajakan.