Delicious LinkedIn Facebook Twitter RSS Feed

Kuliah Maghrib disampaikan oleh Dr. Asri di Masjid Alwi, Kangar. 12 Jun 2012



Kuliah Maghrib disampaikan oleh Dr. Asri di Masjid Alwi, Kangar. 12 Jun 2012
  • Bezanya antara orang sakit dan orang sihat adalah daripada segi jantung (jiwa/hati sanubari) dan otaknya (minda,akal,pertimbangan). Contoh mudah, bila sakit benda yang sedap jadi tidak sedap.

  • Agama membicarakan mengenai minda dan jiwa.


  • Digalakkan berhujah dengan orang yang fahamannya terpesong atau lain daripada kita. Bukannya menggunakan kekerasan. Berhujah itu mestilah menggunakan akal yang disertai dengan dalil serta menjiwai perasaan sewaktu berhujah. Agar ianya meninggalkan kesan. *isu Irshad Manji

  • Guru yang paling berkesan adalah disukai oleh pelajarnya bukannya ditakuti dan dibenci.


  • Konsep Rahman dan Rahim -> dimulai hampir dalam setiap surah.

  • Allah S.W.T. memberikan rahmat kepada semua orang. Rahmat itu juga diberikan kepada parti A, parti B, kumpulan A, kumpulan B.


  • Jangan sempitkan perkara yang luas.

  • Sekular asalnya daripada Revolusi Perancis – maksud sekular ini berbeza-beza bagi setiap orang sehinggakan ianya jauh sekali menyimpang dengan maksud sekular sewaktu aliran itu muncul. Ada yang menyatakan bahawa sekular ini adalah musuh Islam yang harus diperangi. Maksud asalnya adalah pemisahan antara agama dan politik/sains dan seumpamanya. Contohnya, jika dahulunya ada saintis yang mengkaji peredaran bulan, bintang mereka dianggap sesat. Walhal, orang gereja yang tidak mengetahuinya. Maka, saintis ini telah dihukum. Banyak yang telah dibunuh, dibakar dan sebagainya. Pada waktu itu jugalah segala kitab ilmu daripada Islam telah disekat. Setelah aliran sekular ini muncul, barulah kajian-kajian sains dan teknologi telah berkembang. Konsep sekular ini berbeza dengan sekular yang berlaku di Turki. Di mana Kamal Atartuk telah membawa sekular ini untuk diterapkan di Turki. Namun begitu, sekular yang dibuat di Turki adalah berbeza dengan apa yang berlaku di Perancis. Terdapat campur aduk di mana pemerintah banyak melarang agama melakukan sesuatu. Seolah-olah amalan agama itu penyebab ketidakmajuan. Maka, timbullah larangan yang menyekat amalan agama. Definisi sekular yang banyak difahami oleh orang sekarang adalah sekular yang berlaku di Turki.

  • Kerajaan boleh dikritik dan diberikan pandangan yang kedua oleh orang yang mahir/profesional bukannya dimaki hamun. Tiada tertulis dalam kitab kita bahawa untuk menentang kerajaan dengan cara memaki hamun/berkata kesat.


  • Mengangkat senjata melawan kerajaan Malaysia adalah haram kerana kerajaan negara ini tidak “menyembelih rakyat”. Walaupun begitu, kerajaan bukanlah syumul (lengkap) untuk tidak boleh dikritik. Kritikan yang dilemparkan haruslah bukan kerana ingin menjaga kepentingan masing-masing. Tidak boleh menumpahkan darah sesama Islam. Malaysia dan Syria adalah berbeza sama sekali. Revolusi yang berlaku di luar negara tidak boleh dibawa masuk. Iklim politik di Syria adalah berbeza, di sana kerajaan benar-benar “menyembelih rakyat”.

  • Mengikut kitab, politik adalah berlaku adil dan memberikan hak kepada rakyat dan hak kepada kerajaan. Ada diceritakan, ulama akan mengambil satu kerusi itu hanyalah untuk jalan agama bukanlah matlamat politik semata-mata.


  • Ada hadith mengikut latar masa/situasi. Contohnya, ada hadith menyatakan apabila berjumpa dengan orang Yahudi atau Nasrani tolak ketepi. Mengikut situasi sewaktu hadith itu dikeluarkan, adalah waktu perang (takkan jumpa musuh nak cakap, “salam syeikh!”). Namun, ada orang yang menggunakan hadith itu untuk memerangi orang Yahudi walaupun orang itu tidak ada unsur-unsur memerangi kita. Tapi, hadith mengikut latar/situasi ini bukanlah melibatkan soal hukum seperti solat Subuh dua rakaat itu adalah sesuatu yang tidak berubah-ubah. *Beliau juga mengatakan bahawa satu hadith ada pelbagai tafsiran dari pelbagai ulama.

  • Demokrasi yang diamalkan sekarang adalah lebih baik jika dibandingkan dengan monarki dan sebagainya. Secara mudah, jika sesuatu parti itu tidak baik harus ditolak ketepi dan kita pangkah parti yang baik.

*Segala yang dicatitkan ini adalah secara langsung daripada inti pati kuliah disampaikan oleh Dr. Asri. Tiada unsur-unsur tambahan dibuat. Jika ada tersalah, tersilap, terkurang, tertambah adalah secara tidak disengajakan.

Selamat Hari Guru 2012


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

Link Nota HCI

http://www.4shared.com/rar/m3x4bbN7/NOTE_HCI.html

*bagi siapa2 yg tiada lagi...

Cuma melemparkan pandangan/persoalan

Cuma melemparkan pandangan/persoalan:


1) Kenapa sebelum belajar tu nak pinjam PTPTN? Kenapa tak gunakan duit sendiri? Tak dipaksa untuk pinjamkan? Lepas ni kalau dah kahwin, simpan duit utk pelajaran anak2. Ok ?


2) Lepas dah guna abis duit PTPTN ramai lak sibuk join anti PTPTN, katanya, klau x bayar akan dicarik sampai lubang cacing (mmg pun akan dicari!). Masa belajar dulu kalau duit PTPTN lambat masuk merungut/hangin satu badan. Maki PTPTN lambat buat kerja, kerajaan dah x da duit, bla bla bla... 


3) Personal opinion, tak salah kalau nak tuntut malah mmg patut tak dikenakan bunga/caj perkhidmatan daripada pinjaman PTPTN. Kalau benar2 kerajaan peka pendidikan negara kenapa dikenakan caj lebih masa nak bayar? *kata hasil pelaburan banyak... cincin boleh belikan?? Beli belah masa lawatan rasmi boleh kann ??? Makan besar di hotel2 bolehkan??? Sedangkan masa tu ada rakyat kita kelaparan... 


4) Pernahkah kita muhasabah diri, apa yang kita dah buat dengan duit PTPTN? Top up? Kol bf/gf siang malam, keluar dating, tengok wayang, karoke, join MLM/cepat kaya, beli rokok? Kalau diminta beli buku yg harga mahal sikit dah merungut. Kalau diminta binding cover plastik/jilid pun merungut mahal. Apalah sangat duit sikit tu digunakan utk pelajaran kita? Memang duit pinjaman tu khas utk biaya pendidikan kita pun.


5) Dekat2 nak PRU ni macam2 lah taktik digunakan tak kiralah parti mana pun. Isu ini mmg khas utk menarik pengundi muda/mahasiswa. 


6) Mahasiswa yang berdemo tu belajar mcm mana? Kelas datang tak? Esemen antar tak? Kalau dah buat pinjaman tu, selagi PTPTN belum dihapuskan, bayarlah... dah buat perjanjian kan... 


7) Dulu pernah terbaca, kata mereka bantuan BR1M, bantuan RM200 ni diberikan boleh bankrapkan negara. Tapi kalau PTPTN dilupuskan tak bankrap lak negara?


8) Dah adat politik, bila duduk di atas pasti kroni2 diutamakan rakyat dibelakangi tak kisahlah parti mana pun. Mungkin ada sikit sahaja ahli politik yg benar2 amanah dan ikhlas. Contoh, kalau kita jadi org atasan, mest nak bantu sedara mara/adik beradik kita dulu, kawan2, barulahh.... orang lain... Sama macam kalau intebiu keje... kabel main peranan...


9) Nak tahu pasal parti A, bacalah blog parti B dan sebaliknya. Seeloknya, bacalah dari sume sumber . Masing2 akan menjatuhkan sama sendiri. Perasan atau tidak “masing2” tu adalah orang kita... 


10) Perlu ingat info(maklumat/gambar/video) di Internet amat mudah dimanipulasikan. Janganlah percaya bulat2 apa yang disebarkan oleh mana2 pihak kerana ia adalah demi keuntungan pihak tertentu.


11) Fakta sejarah boleh dipertikaikan kalau benar2 kukuh apa yg didakwa. *Isu Mat Sabu. Terusik hati askar yg putus kaki dek jerangkap samar komunis dlu.


12) Sekarang, kalau polis kene langgar lari/kene tembak berita macam2 tu je... tak heboh mana pun kat FB. Kalau segelintir polis buat salah heboh satu Malaya, heboh tubuh jawatankuasa ini, itu..., sidang media siang malam, bla bla bla... Walhal kesahihan masih belum dipastikan sudah dituduh 100% *kalau kena kat kita pasti kita akan buat jugak...kan ? 


13) Tak salah berpolitik, saling membalas hujah asalkan perkara asas (agama/bangsa/negara) tidak diabaikan demi kepentingan masing2.


14) Menjaga agama adalah lebih penting dan sangat penting daripada menjaga parti – dipetik oleh seseorang. 


*Sesungguhnya saya bukanlah bakal pengundi atas pagar, saya hanyalah seseorang yang mengambil yg baik dan buang yg buruk daripada hasil/tindakan/pandangan parti politik tanah air. Kritikan dan pandangan lain amatlah dialukan kerana saya pun masih muda baru mengenal dunia, namun sy amat menghormati pendirian dan pandangan org lain. Tak semua kita buat betul, tak semua kita buat salah, tapi kita perlu berusaha membuat sesuatu dengan betul dan berusaha mengelak buat salah.

Tugas Guru ICT





SENARAI TUGAS GURU PENYELARAS BESTARI

Peringkat                  :           Sekolah Menengah/Rendah
Jawatan                    :           Guru Penyelaras Bestari (DG41 / DG29)
Waktu Bertugas       :           Mengikut waktu persekolahan. Bagi sekolah dua sesi,
waktu bertugas boleh disesuaikan merangkumi
kedua-dua sesi.

1.            Merancang dan mengajar Matapelajaran antara 12 waktu seminggu.

2.            Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak sekolah.

3.            Mengurus dan menyelenggara kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi yang dibekalkan serta menyelesaikan serta  menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul.

3.1                 Memastikan kemudahan insfrastruktur teknologi yang diterima daripada pembekal atau kontraktor memenuhi spesifikasi seperti ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.

3.2                 Mengurus dan memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik setiap hari termasuk peralatan rangkaian seperti pelayan, modem, router, hub dan sebagainya.

3.3                 Memastikan kesemua insfrastruktur teknologi berada dalam keadaan baik.

3.4                 Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik kemudahan insfrastruktur teknologi tempatan.

4.            Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.1                 Memastikan semua aplikasi perisian yang dipasang berfungsi seperti yang diperlukan oleh pihak pengguna.

4.2                 Mengurus keperluan insfrastruktur teknologi untuk kegunaan warga sekolah dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam aktiviti-aktiviti sekolah.

4.3                 Mengurus kemudahan bahan-bahan multimedia untuk kegunaan guru seperti sidang video, penggunaan LCD projector, TV connector dan sebagainya.

5.            Melatih guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

5.1                 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi seperti Bahan Pengajaran dan Pembelajaran.

5.2                 Memastikan audit penggunaan kemudahan ICT dijalankan untuk menentukan keberkesanan penggunaan tersebut.

6.            Melatih staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran.

6.1                 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengurus sistem computer (hardware & software) dan aplikasi perisian.

6.2                 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dan kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Bestari.

6.3                 Memastikan penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart School Management System atau SSMS) dalam pengurusan sekolah beroperasi dengan baik.

7.            Menyelaras penilaian perisian pendidikan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.

7.1                 Menilai perisian Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan lain-lain perisian yang dibekalkan.

8.            Sebagai pengurus e-mel.

8.1                 Mengurus akaun dan e-mel warga sekolah.

9.            Memastikan integriti dan keselamatan data.

9.1                 Memastikan supaya ciri-ciri polisi keselamatan (security policies) dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

9.2                 Memastikan keselamatan kemudahan insfrastruktur teknologi dengan langkah-langkah seperti berikut:-



9.2.1         Memastikan pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang ditempatkan banyak komputer.

9.2.2         Memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang diberi kuasa sahaja.

9.2.3         Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.

9.2.4         Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan berada di tempat-tempat yang telah dikenal pasti.

9.3                 Memastikan keselamatan melalui langkah-langkah berikut:-

9.3.1         Memastikan konfigurasi sistem beroperasi dengan baik dan lancar.

9.3.2         Memastikan computer bebas dari virus.

9.3.3         Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.

9.3.4         Membuat backup dan replikasi maklumat mengikut jadual yang disyorkan.

10.         Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) ICT sekolah dan sentiasa mengikuti perkembangan ICT semasa.

10.1              Memainkan peranan sebagai pakar rujuk kepada pengguna yang menghadapi masalah dengan sistem pengoperasian, perkakasan dan perisian seperti Windows, SSMS, MS Office, E-mail, Internet, Printer, dan lain-lain lagi.

10.2              Mengenal pasti masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan perkakasan, sistem pengoperasian, sistem rangkaian atau perisian-perisian seperti Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

10.3              Menentukan kelancaran perjalanan sistem rangkaian secara keseluruhan dan sentiasa memastikan bahawa pengguna (Enduser) dapat menggunakan sistem dan aplikasi secara optimum.




11.         Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah bestari kepada pihak yang berkenaan.

11.1              Menjalankan Configuration Management Audit mengikut jadual yang ditetapkan.

11.2              Menjalankan pemantauan dan menyediakan laporan terhadap kecekapan rangkaian, tahap penggunaan komponen Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari supaya membantu perancangan menaik taraf kemudahan ICT sekolah.

11.3              Membantu menyediakan belanjawan keperluan ICT untuk sekolah.

12.         Mempertingkatkan budaya ICT di sekolah.

12.1              Menyediakan garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan kemudahan insfrastruktur teknologi.

12.2              Merancang, mengurus dan menyelaras laman web sekolah.

13.         Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa ke semasa.

13.1              Memberi penerangan kepada para pelawat sama ada dalam negeri dan luar negara mengenai Penyelarasan Bersepadu Bestari.
  

*Copy paste from somewhere else... Just sharing 

Menahan Marah Kekuatan Muslim Sejati


Tarikh: 
 Mar 14, 2012

Riwayat: 
 Bukhari

Kategori: 
 Akhlak

Hadith: 

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah ukuran kekuatan seseorang itu dengan menewaskan lawan tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah.”

Huraian Hadith: 

  1. Ukuran kekuatan pada zaman jahiliah ialah kekuatan fizikal, tetapi Islam telah mengubahnya kepada nilai akhlak dan kemasyarakatan yang mulia.

  2. Kita hendaklah menjauhi sifat marah, kerana ia boleh menyebabkan kemudaratan kepada tubuh badan, jiwa dan masyarakat.

  3. Sifat sabar itu adalah daripada sifat-sifat yang mulia. Oleh itu hendaklah seseorang itu mengamalkan kesabaran.

  4. Sifat pemarah adalah sifat mazmumah yang tidak diredai Allah kerana ia boleh meruntuhkan kebahagiaan hidup seseorang.

Tips mudah penjagaan laptop

Assalamualaikum/salam sejahtera. Saja nak share sedikit tips penjagaan laptop kita guna seharian. Nak share tips pasal keta noob lagi.. ehehe.. Jadi boleh share tang ni ja lahh... akan di postkan sedikit info mengenai ict dari masa ke semasa.
1) Penjagaan yang paling perlu sekali rupa luar. Kalau tgk laptop kita ni berabuk rajin2 lah lap. Dikhuatiri habuk2 tersebut boleh masuk ke dalam fan selain mata sedap memandang. Untuk membersihkan paparan skrin, gunakanlah cecair yang dijual di pasaran. Bape hinggit je sebotol... perlu ingat LCD screen cleaning kit ni hanya utk LCD tidak sesuai utk body laptop or pc. Kalau saya selalu guna tisu, semburkan pada skrin dan lap berhati-hati, jangan terlampau tekan. Seeloknya bersih skrin sebelum on laptop. (masa on skrin mungkin panas sikit).
2) Sebelum on laptop dengar betul2 bunyi kipas sama ada berpusing atau tidak... Biasanya kalau kita on laptop, kipas akan berpusing dalam beberapa saat. Jika kipas berada dalam keadaan baik akan terasa angin keluar pada lubang angin kipas. Kalau kipas pusing, angin tak blow kluar, gamaknya dah penuh habuk dalam tu... Selalunya saya servis kipas ni dalam setahun sekali macam tu... tapi kalau laptop ada waranty jgn gopoh bukak, ini akan buat waranty kita batal macam tu... (ada sticker kat belakang). Untuk servis kipas bergantung kepada jenis laptop. Ada tu bukak bahagian RAM dah jumpa dah kipas. Ada model kene barai banyak baru jumpa kipas. Kalau dah kene barai banyak dinasihatkan servis di kedai. Kesan kalau angin tak blow, haba akan terkumpul dekat ruangan motherboard. Sampai satu tahap motherboard boleh cair kalau hal ini diendahkan. Perlu ingat harga motherboard ratusan ringgit! (*kalau saya beli laptop baru dah daripada repair motherboard) Kipas laptop ni akan berpusing pada suhu tertentu, kalau kita rasa body laptop dah panas tapi kipas tak pusing ada something wrong dah tu... Pengalaman guna model Acer Aspire 5633 dulu kene ketuk bahagian kipas tu baru nak pusing.. ahaha.. bila dah panas skrin akan jadi lekat je... lebih2 guna aplikasi yang berat. Laptop akan terpadam sendiri kalau dah terlampau panas. Elakkan daripada hal ini selalu berlsaya.
3) Gunakan software Ccleaner untuk remove apa yg tidak diperlukan. Saya guna software ni tiap2 kali sebelum turn off laptop mesti guna. Macam2 boleh clear, registry pun boleh. Free ni utk digunakan.
4) Disk cleanup & disk defragmenter sebulan/dua bulan sekali.
5) Uninstall mana2 software yang tidak diperlukan. Hati2 install game/aplikasi yang crack ada sesetengah tu mungkin ada melekat malware(malicious software). Install sahaja aplikasi yang betul2 guna.
6) Untuk prestasi bagus kosongkan sikit partition C dan D. Jangan kasi merah menyala sokmo. Boleh terasa laptop berat time nak guna. Kalau ada dokumen atau movie yang simpan gunakan storan luar seperti external hardisk. Untuk partition ni saya selalu biarkan 20-10 gig kosong.
7) Scan virus seminggu sekali! Pastikan scan sekai kedua-dua partition (kalau buat 2 partition). Update selalu antivirus lebih2 kalau guna yang free.
8) Scan juga antiMalware. Saya guna Antimalwarebytes. Bagus software ni. Free dan terbukti pernah menolong saya mengesan dan membuang malware yang melekat.
9) Elakkan load startup yang terlampau banyak. Untuk cek benda ni. Pergi run. Kalau guna windows7 type je run kat logo windows tu. Then type msconfig. Akan keluar system configuration. Untick mana yang x perlu. Hati2 bila untick tsayat2 teruntick yang salah lakk...
10) Buat folder/kemaskan ruangan desktop. Desktop yang semak salah satu faktor startup lambat. Lagi satu, gajet tepi macam cpu meter (selalunya ada pada windows vista dan ke atas). Kalau perasan benda ni pun buat lambat startup. Saya pun x guna benda ni... nampak canggih tapi menggangu prestasi. Terpulang pada cita rasa masing2.
11) Elakkan guna laptop tanpa alas lebih2 atas katil/kusyen/tilam. Haba terpendam je kat ruangan laptop. Kalau tak de table fan tu, letak je buku atau apa2. Kasi ada ruangan sikit kat bawah laptop tu.
12) Kalau startup lambat sangat, mean ada masalah sikit. Sama ada windows atau aplikasi yg digunakan terlampau berat.
*12tips yang terlintas semasa post topik ni. Kalau ada terlintas lagi saya tambah. *Benda ni kalau jaga konfem laptop dalam prestasi tip top. Takda lambat macam kura2, nak guna pun tak sakit hati. *sebarang tambahan dan pembetulan amat dialukan.

10 questions to determine whether your presentation is lame


By Susan Harkins January 10, 2012, 12:40 PM PST Takeaway: The time to identify potential problems with a presentation is BEFORE you’re standing in front of an audience.
A good speaker can survive amateurish slides, but the best slides in the world won’t save an ill-prepared speaker. Try to answer these 10 questions about your presentations. Evaluating your presentation honestly might help you avoid a scary plummet into presentation purgatory.
1: Does everything work as expected?
There’s nothing worse than showing an eager audience a blank screen. Instead of experiencing your brilliance, they’ll be following your behind around as you crawl under tables and between platforms to locate “the problem.” No matter how gracious you are about the delay, you’ll never completely recover.
If your answer to this question is no, your presentation is suspect. Technical difficulties aren’t a presentation killer, but you’ll lose some credibility before you even start. Fortunately, this fix is easy: Know the room, the equipment, and the material — or stay home.
2: Does each diagram and chart support a specific point?
You might have heard the saying “If you can’t dazzle them with brilliance, dazzle them with BS.” Lots of extraneous charts and pictures point to a presenter who’s short on facts. That’s not always the case, but it’s certainly a good indication.
If the answer to this question is no, not really, or I’m not sure, your presentation is suspect. Make sure each picture, chart, and diagram illustrates a key point in your discussion.
3: Can everyone read each slide?
The wrong font face and size can wreck a great presentation. Choose fonts and size for readability, not artistic flair or appeal. Every member of your audience should be able to read each slide, regardless of proximity to the screen. Color, contrast, and lighting are also part of this package.
If the answer to this question is no, your presentation is lame but can be easily fixed. Use easy-to-read fonts (avoid fancy or specialty fonts unless they support your message in some way) that are large enough to read, but not overwhelming. Keep the number of fonts to a minimum; two or three is enough.
4: Does your design theme support your topic?
When creating a design or choosing a template, it’s easy to rely on colors and attributes that please you — but don’t. The theme should support the topic in some way. For example, a beige and brown color theme might make a great choice for a hardware convention, but it probably isn’t the best choice for a presentation on native wildflowers.
If you gave little consideration to the design theme, your presentation is probably lame. Look for a theme that supports the topic. A business presentation should be clean and sharp, while a presentation hawking a vacation timeshare might be colorful with lots of graphics.
5: You have how many slides?
There’s no formula for determining the right number of slides. Your topic’s complexity supersedes any rule you might try to apply. If you need a starting point, don’t display more than one slide for each 30 seconds of discussion. But to be honest, that’s still more slides than the average presentation needs. In contrast, you might get three minutes of discussion from a single slide. That’s a wide range — 30 seconds to three minutes, but it’s a place to start.
If you have more than 60 or fewer than 10 slides for a 30-minute presentation, your presentation is somewhat lame. Now, the truth is, your presentation might be perfect as is. Try to represent each main point with at least one slide, because ideas are more important than aiming for an enigmatic number.
6: Is everything animated?
Good animation engages your audience and keeps their attention. But animation abuse will distract your audience — they’ll be watching for the next clever trick instead of listening to you. Where animation is concerned, less is definitely more.
If this answer is yes, your presentation is pretty lame. If you add an animation because you think this is cool, where can I put it, get rid of it. Animations worth keeping are those you purposely seek out to make a specific point. Transitions are animations too; use the same transition scheme throughout the presentation unless you have a specific reason to deviate.
7: Do you read to the slides?
Don’t watch your own presentation! You should face your audience and talk with them, making eye contact if possible. You already should know what’s on your slides. You don’t need to watch them go by.
If the answer to this one is yes, your presentation skills are lame. You might have a great set of slides, but your delivery needs work.
8: Do you read from the slides?
If you’re reading each slide, you are unnecessary. Your audience can read the slides to themselves. Presenters who read from slides are boring and ineffective — remember you college economics professor? You are the presentation and the slides should support you.
If your answer to this question is yes, your presentation is extremely lame. Slides should be a visual aid to your discussion, not a book you read to the audience. Use slides to summarize or simplify your key points. Have a conversation with the audience and leave the slides for interesting and important details. You have a lot of work to get this presentation into shape!
9: Is your audience uncontrollably noisy or suspiciously quiet?
A noisy audience can be a good sign. It’s great if the audience is showing enthusiasm by commenting or asking questions. It’s bad if they’re snoring or breaking into clutches to discuss the stale Danish you provided. On the other hand, you might think a quiet audience is a good sign — they’re riveted! At least, you might think so until you turn on the lights and find them all snoozing.
If your answer to this one is yes, you have a hopelessly lame presentation. An inattentive audience is a clear sign that you should turn in your clicker.
10: Do you know your presentation’s purpose?
Are you creating a professional presentation for a client or for an in-house sales meeting or are you trying to sell vacation timeshares? Who is the audience: the public, your accounting staff, or a potential client? You must know the presentation’s specific purpose and your audience. You should be able to write a short mission-type statement clarifying the presentation’s purpose and audience before you generate your first slide.
If the answer to this question is no, your presentation is hopelessly lame. Why did you even bother? Without a specific focus, you’ll be as interesting as the adults in the Peanuts cartoons… wah, wah, wah.

About Face 3 The Essentials of Interaction Design

Link Download --> http://www.4shared.com/rar/mGkNnzbc/thirdface.html *In rar format. Just extract the e-book in pdf format.

Ciri-ciri ajaran sesat

AJARAN sesat adalah satu ancaman kepada umat Islam dan negara sejak dulu hingga sekarang. Terbaru di Hulu Kelang, Selangor, seorang yang mengaku dirinya Rasul Melayu ditahan oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor. Kemudian negara dikejutkan dengan “Kerajaan Langit” Ayah Pin di Besut, Terengganu yang sedang diambil tindakan termasuk merobohkan bangunan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Selain dua ajaran itu, ada lebih 20 ajaran sesat lain yang masih aktif di negara ini dan sedang dalam pemerhatian pihak berkuasa agama. Umat Islam khususnya di negara ini sewajarnya sentiasa berwaspada terhadap ajaran karut dan sesat yang sentiasa berusaha menyelinap masuk ke dalam diri dan masyarakat. Antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam ialah mengenal ciri-ciri yang sering ada dalam sesuatu ajaran berkenaan. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenal pasti lebih 50 ciri-ciri ajaran sesat. Di bawah ini diterangkan 10 ciri utama ajaran sesat untuk dijadikan panduan agar tidak mudah terperangkap. 10 ciri ajaran sesat:
1. Mengaku Allah menjelma dalam dirinya: Ciri ini pernah wujud dalam kumpulan ajaran sesat di negara ini, antaranya ajaran Hasan Anak Rimau dan ajaran Tajjalli atau Hakikat Insan Ahmad Laksamana di Kelantan. Ajaran seperti ini pernah di bawa oleh Abu Mansor Al-Hallaj di Baghdad. Beliau telah dihukum bunuh oleh ulama. Ajaran ini sudah tentu bertentangan dengan ajaran Islam dari beberapa sudut. Antaranya meletakkan Allah bertempat, Allah mengambil ruang dan berpindah-pindah dan tuhan bersatu dengan makhluk.
2. Guru mengaku pegang kunci pintu syurga: Persoalan syurga adalah suatu yang ghaib, hanya Allah saja yang boleh menguasainya. Dalam hal ini tidak seorang pun boleh masuk campur tangan, apatah lagi untuk memegang kuncinya. Ciri sesat ini pernah dibawa oleh ajaran sesat Hasan anak Rimau dan ajaran Ayah Pin di Hulu Besut, Terengganu. Ajaran ini telah meletakkan alam ghaib boleh dikuasai manusia.
3. Pengikut saja dijamin masuk syurga: Menentukan hanya kumpulan mereka saja yang betul dan menafikan yang lain seolah-olah meletakkan bahawa Islam hanya kepunyaan pihak tertentu. Ini bertentangan dengan prinsip bahawa Islam adalah hak semua manusia dan sesiapa saja yang memeluk agama benar ini akan selamat. Inilah di antara penyelewengan dalam pegangan dan amalan tarekat sesat seperti ajaran Hasan Anak Rimau dan Ayah Pin, yang mengaku dirinya memegang kunci Syurga boleh menjamin pengikut-pengikutnya masuk syurga.
5. Percaya guru boleh tebus dosa dengan wang. Kepercayaan sebegini amat bertentangan dengan ajaran Islam, kerana agama Islam tidak pernah membenarkan sesiapa saja menggunakan wang untuk menebus dosa. Dalam Islam persoalan dosa boleh diampunkan Allah dengan memohon ampun dan taubat dengan cara dan syarat tertentu. Banyak ajaran sesat telah menawarkan pakej seperti ini untuk mengaut wang secara mudah tanpa dipersoalkan oleh pengikut ajaran berkenaan. Selain itu guru dapat mengikat hati pengikut agar tidak menarik diri dari kumpulannya.
6. Mengaku mengetahui perkara ghaib, dapat menilik nasib seseorang: Antara ajaran sesat yang mendakwa seperti di atas ialah ajaran Hakikat Insan, ajaran Ayah Pin ajaran Ilmu Ladunni dan ajaran Haji Banuar. Seorang yang mengaku mengetahui perkara yang ghaib dianggap telah kufur, mengikut satu fatwa yang disebut dalam kitab Fatawa al-Aqidah oleh Syeikh Muhammad bin Saleh bin Uthaimin, salah seorang anggota ulama di Fakulti Syariah kerana telah mengingkari dan membohongi. Begitu juga menilik nasib adalah amat ditentang oleh Islam.
7. Guru atau murid membuat pengakuan menerima wahyu: Wahyu adalah satu perkara yang khusus bukan umum, wahyu hanya diturunkan kepada hamba Allah yang tertentu saja iaitu para nabi dan rasul. Oleh yang demikian, orang yang mendakwa menerima wahyu itu sebenarnya adalah palsu dan pembohong, kerana tiada lagi nabi dan rasul setelah wafat nabi Muhammad saw.
8. Syeikh atau gurunya mendakwa mempunyai mukjizat: Kepalsuan dakwaan ini jelas sekali kerana dalam ajaran Islam tidak akan berlaku lagi sesuatu mukjizat ke atas seseorang pun selepas kewafatan nabi Muhammad saw.
9. Meminta pertolongan terus daripada orang mati: Memohon sesuatu urusan dari orang yang telah mati adalah suatu yang amat dilarang oleh agama Islam kerana ia suatu perbuatan syirik kepada Allah swt.
10. Mempercayai roh orang mati boleh beri pertolongan apabila diseru namanya: Ini juga suatu perkara yang tidak diajar oleh nabi. Ia adalah suatu perkara kufur kepada Allah swt. Adalah menjadi harapan Jakim dengan penjelasan ini umat Islam dapat menjadikan panduan agar dapat mengelakkan diri daripada terperangkap dalam ajaran sesat. – Rencana sumbangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
sumber: berita minggu 07 Ogos 2005