Delicious LinkedIn Facebook Twitter RSS Feed

Tips mudah penjagaan laptop

Assalamualaikum/salam sejahtera. Saja nak share sedikit tips penjagaan laptop kita guna seharian. Nak share tips pasal keta noob lagi.. ehehe.. Jadi boleh share tang ni ja lahh... akan di postkan sedikit info mengenai ict dari masa ke semasa.
1) Penjagaan yang paling perlu sekali rupa luar. Kalau tgk laptop kita ni berabuk rajin2 lah lap. Dikhuatiri habuk2 tersebut boleh masuk ke dalam fan selain mata sedap memandang. Untuk membersihkan paparan skrin, gunakanlah cecair yang dijual di pasaran. Bape hinggit je sebotol... perlu ingat LCD screen cleaning kit ni hanya utk LCD tidak sesuai utk body laptop or pc. Kalau saya selalu guna tisu, semburkan pada skrin dan lap berhati-hati, jangan terlampau tekan. Seeloknya bersih skrin sebelum on laptop. (masa on skrin mungkin panas sikit).
2) Sebelum on laptop dengar betul2 bunyi kipas sama ada berpusing atau tidak... Biasanya kalau kita on laptop, kipas akan berpusing dalam beberapa saat. Jika kipas berada dalam keadaan baik akan terasa angin keluar pada lubang angin kipas. Kalau kipas pusing, angin tak blow kluar, gamaknya dah penuh habuk dalam tu... Selalunya saya servis kipas ni dalam setahun sekali macam tu... tapi kalau laptop ada waranty jgn gopoh bukak, ini akan buat waranty kita batal macam tu... (ada sticker kat belakang). Untuk servis kipas bergantung kepada jenis laptop. Ada tu bukak bahagian RAM dah jumpa dah kipas. Ada model kene barai banyak baru jumpa kipas. Kalau dah kene barai banyak dinasihatkan servis di kedai. Kesan kalau angin tak blow, haba akan terkumpul dekat ruangan motherboard. Sampai satu tahap motherboard boleh cair kalau hal ini diendahkan. Perlu ingat harga motherboard ratusan ringgit! (*kalau saya beli laptop baru dah daripada repair motherboard) Kipas laptop ni akan berpusing pada suhu tertentu, kalau kita rasa body laptop dah panas tapi kipas tak pusing ada something wrong dah tu... Pengalaman guna model Acer Aspire 5633 dulu kene ketuk bahagian kipas tu baru nak pusing.. ahaha.. bila dah panas skrin akan jadi lekat je... lebih2 guna aplikasi yang berat. Laptop akan terpadam sendiri kalau dah terlampau panas. Elakkan daripada hal ini selalu berlsaya.
3) Gunakan software Ccleaner untuk remove apa yg tidak diperlukan. Saya guna software ni tiap2 kali sebelum turn off laptop mesti guna. Macam2 boleh clear, registry pun boleh. Free ni utk digunakan.
4) Disk cleanup & disk defragmenter sebulan/dua bulan sekali.
5) Uninstall mana2 software yang tidak diperlukan. Hati2 install game/aplikasi yang crack ada sesetengah tu mungkin ada melekat malware(malicious software). Install sahaja aplikasi yang betul2 guna.
6) Untuk prestasi bagus kosongkan sikit partition C dan D. Jangan kasi merah menyala sokmo. Boleh terasa laptop berat time nak guna. Kalau ada dokumen atau movie yang simpan gunakan storan luar seperti external hardisk. Untuk partition ni saya selalu biarkan 20-10 gig kosong.
7) Scan virus seminggu sekali! Pastikan scan sekai kedua-dua partition (kalau buat 2 partition). Update selalu antivirus lebih2 kalau guna yang free.
8) Scan juga antiMalware. Saya guna Antimalwarebytes. Bagus software ni. Free dan terbukti pernah menolong saya mengesan dan membuang malware yang melekat.
9) Elakkan load startup yang terlampau banyak. Untuk cek benda ni. Pergi run. Kalau guna windows7 type je run kat logo windows tu. Then type msconfig. Akan keluar system configuration. Untick mana yang x perlu. Hati2 bila untick tsayat2 teruntick yang salah lakk...
10) Buat folder/kemaskan ruangan desktop. Desktop yang semak salah satu faktor startup lambat. Lagi satu, gajet tepi macam cpu meter (selalunya ada pada windows vista dan ke atas). Kalau perasan benda ni pun buat lambat startup. Saya pun x guna benda ni... nampak canggih tapi menggangu prestasi. Terpulang pada cita rasa masing2.
11) Elakkan guna laptop tanpa alas lebih2 atas katil/kusyen/tilam. Haba terpendam je kat ruangan laptop. Kalau tak de table fan tu, letak je buku atau apa2. Kasi ada ruangan sikit kat bawah laptop tu.
12) Kalau startup lambat sangat, mean ada masalah sikit. Sama ada windows atau aplikasi yg digunakan terlampau berat.
*12tips yang terlintas semasa post topik ni. Kalau ada terlintas lagi saya tambah. *Benda ni kalau jaga konfem laptop dalam prestasi tip top. Takda lambat macam kura2, nak guna pun tak sakit hati. *sebarang tambahan dan pembetulan amat dialukan.

0 comments:

Post a Comment