Delicious LinkedIn Facebook Twitter RSS Feed

Jawapan Islam Pada Penyaliban Jesus/Nabi Isa

Pertikaian mengenai penyaliban Jesus atau Nabi Isa A.S. telah didebatkan sejak berates-ratus tahun dahulu. Masing-masing mempunyai kepercayaan dan fakta yang tersendiri bagi menyokong hujah tertentu. Bagi agama Islam, tuhan yang wujud memerintah seluruh alam ini adalah satu iaitu Allah S.W.T. Manakala bagi agama Kristian, mereka berpegangkan pada konsep triniti iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Rohul Kudus. Antara debat yang terkenal mengenai hal penyaliban Jesus oleh Ahmad Deedat. Menurut beliau Al-Quran telah menjawab persoalan mengenai penyaliban Jesus atau Nabi Isa ini pada Surah An-Nisaa ayat 157-158 yang bermaksud: “[157] Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. [158] Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. “ Amat jelas dinyatakan bahawa Nabi Isa A.S. atau Jesus dalam agama Kristian tidak pernah disalib sama sekali.

0 comments:

Post a Comment