Delicious LinkedIn Facebook Twitter RSS Feed

H5N1 Kembali Lagi!

Assalamualaikum/salam sejahtera,
Agak terkejut membaca berita utusan online hari ini iaitu virus H5N1 menyerang kembali di Hong Kong. Tatkala hal ini reda seketika dan hampir dilupakan masyarakat sejagat ianya kembali! Virus ini telah membawa banyak kematian majoriti dalam tahun 2004-2007.
Masih diingat banyak ayam/burung dibakar/dibunuh bagi membasmi masalah ini daripada melular. Walaupun kes di Malaysia pada masa dulu minoriti, namun langkah berjaga-jaga harus diambil. Thailand dan Singapura antara negara yang bergelut dengan masalah ini.
Marilah kita berdoa agar negara kita dijauhi bala bencana ini... Aminn...
Selesema burung landa Hong Kong
HONG KONG 21 Dis. - Hong Kong meningkatkan amaran selesema burung ke tahap 'serius' hari ini dan mengumumkan ia akan menghapuskan 17,000 ekor ayam selepas tiga ekor burung disahkan positif virus jenis H5N1.
Setiausaha Makanan dan Kesihatan bandar raya itu, York Chow mengumumkan langkah tersebut selepas seekor ayam di sebuah pasar borong dan dua ekor burung liar lain didapati positif H5N1 yang boleh membawa maut.
Pihak berkuasa serta-merta turut melarang import semua ternakan ayam dan itik yang hidup, ketika mereka berusaha mengenal pasti punca kematian ayam tersebut, sama ada ia disebabkan haiwan import atau di ladang ternakan tempatan.
Stesen penyiar awam RTHK melaporkan, kira-kira 20 pelajar dari sebuah sekolah perempuan dalam lingkungan umur enam hingga tujuh tahun, mengalami simptom selesema burung seperti demam, batuk dan sakit tekak, tetapi mereka tidak dibawa ke hospital.
Hong Kong merupakan wilayah pertama di dunia merekodkan penyebaran selesema burung terbesar antara manusia pada 1997, apabila enam maut berpunca daripada virus mutasi yang biasanya menjejaskan ternakan ayam dan itik.
Berjuta-juta burung turut dihapus ketika itu.
Chow berkata, proses menghapuskan ternakan ayam dan itik di pasar borong itu dilaksanakan hari ini.
"Dengan hati yang berat, saya mengumumkan bahawa ayam yang mati itu disahkan positif H5N1 selepas satu pemeriksaan rutin dijalankan oleh Jabatan Pemuliharaan, Pertanian dan Perikanan hari ini.
"Kami kini meningkatkan amaran berjaga-jaga selesema burung ke tahap serius," katanya.
Jumaat lalu, sebuah sekolah di sini diarahkan tutup selepas seekor burung yang mati didapati positif virus selesema burung jenis H5 yang boleh membawa maut. - AFP
Sumber: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_04.htm

0 comments:

Post a Comment