Delicious LinkedIn Facebook Twitter RSS Feed

Sperma dan Perokok

Merokok mengancam kesuburan lelaki secara meluas. Mungkin maklumat ini dapat membuka minda dan mendorong anda berhenti merokok. 1. Mengikut kajian pakar kesuburan, merokok merosakkan sperma secara terus apabila air mani tercemar dengan bahan toksik yang menyebabkan kerosakan kepada protein dan nutrien dalam air mani. Kajian mendapati jika ibu atau bapa perokok, masalah mungkin berlipat ganda apabila bahan toksik berada dalam baka dan menjadi aktif apabila si anak mula merokok. Proses kerosakan sperma meningkat ketara apabila amalan merokok berpanjangan. Lagi lama anda merokok, lagi bermasalah kualiti sperma anda. 2. Merokok mengurangkan bilangan sperma. Ini kerana bahan kimia mencegah penyerapan vitamin dan mineral dalam air mani seperti kekurangan vitamin B12, vitamin E dan zakat galian Zinc. Merokok merendahkan tahap hormon kesuburan diperlukan untuk pembiakan sperma dalam kilang. Kadar peratusan bilangan sperma boleh merosot daripada beratus-ratus juta kepada satu angka dalam keadaan serius. 3. Merokok mengganggu pergerakan sperma. Pergerakan sperma ialah keupayaan ia bergerak secara ke depan memasuki serviks dan salur telur untuk sampai ke telur untuk percantuman. Sperma perlu bergerak laju dan sehala supaya dapat bergerak dalam kelajuan baik supaya mudah sampai ke destinasi. Ini terhalang akibat merokok. Bilangan sperma yang sampai tidak cukup untuk berinteraksi dengan telur bagi memudahkan penetrasi satu sperma ke dalam telur. 4. Merokok menyebabkan penghasilan sperma berbentuk tidak normal akibat tindak balas ‘free radicals’ daripada kimia rokok. Sperma tidak berbentuk normal tidak dapat bergerak dan dapat bercantum dengan telur. Waspada lelaki! sumber: Doktor Sakit Tuan Dr. Ismail Thamby jawab HMetro Online

0 comments:

Post a Comment