Delicious LinkedIn Facebook Twitter RSS Feed

Kesedaran Kepentingan Ilmu Pengetahuan

Assalamualaikum/salam sejahtera, Kesedaran menguasai ilmu pengetahuan haruslah ditingkatkan di kalangan kita khususnya untuk memajukan diri dan negara. Sebagai umat Islam, amatlah dituntut oleh kita untuk sentias belajar dan belajar sehingga ke akhir hayat walau satu huruf.
Sebagai golongan dewasa atau intelektual, seharusnya berusaha menyedarkan masyarakat sekeliling mengenai hal ini. Dapat dilihat situasi sekarang, orang ramai khususnya golongan muda/pelajar/remaja hanyut dengan hiburan dan sebagainya. Tidakkah mereka sedar? Bagi menyambung hayat kedamaian dan keharmonian negara ini perlunya ilmu dalam pelbagai bidang. Atau mereka lebih gemar negara ini dikuasi oleh orang asing sama ada daripada segi politik/ekonomi ? Mahukah mereka merempat di negara sendiri kelak ?
Guru adalah agen utama untuk mempengaruhi pelajar(golongan muda) untuk menuntut ilmu. Contoh, guru harus sentiasa memberikan semangat dan menjadi daya penarik bagi pelajar untuk belajar sesuatu subjek. Jika guru mengajar sambil lewa, manakan mungkin pelajar akan semangat untuk belajar?
Peranan ibubapa diperlukan di rumah untuk memantau anak-anaknya. Asuhan untuk mencintai ilmu boleh diasuh sejak kecil dengan membuat perpustakaan kecil di rumah dan sebagainya.
Impak penguasaan ilmu dapat dilihat seperti sejarah silam Islam. Tidak perlu dihuraikan lanjut penguasaan ilmu oleh orang Islam misalnya dalam bidang matematik,astronomi,sains dan geografi. Penguasaan ini mengangkat martabat Islam di seluruh dunia. Namun realiti, kini umat Islam seolah-olah menagih cebisan ilmu daripada Barat. Kadangkala teori-teori Barat banyak bertentangan dengan ajaran Islam.
Selagi kita bernafas di muka bumi, marilah kita mempertingkatkan ilmu/bahan bacaan tidak kiralah dalam bidang apa sekalipun tanpa jemu. Tetapi jangan dilupakan untuk mengaplikasikannya dan berkongsi. Ada perpatah arab mengatakan "ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak buahnya".

0 comments:

Post a Comment