Delicious LinkedIn Facebook Twitter RSS Feed
PENGENALAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) Bidang pendidikan merupakan satu cabang yang amat penting dalam aspek pembangunan sesebuah negara. Majunya atau mundurnya sesebuah negara adalah bergantung kepada tahap penguasaan dan pengamalan ilmu rakyatnya. Pelbagai inovasi telah berlaku dalam rentetan sejarah pendidikan negara. Pembaharuan yang dijalankan adalah bertujuan utama yakni meningkatkan taraf pendidikan negara selari dengan peredaran zaman. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan Pembaharuan ini bermula dengan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang dimulakan pada tahun 1983, disusuli dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1993 dan terbaru pada tahun 2011 telah diperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSSR yang diperkenalkan ini adalah sejajar dengan hasrat pendidikan yang telah digariskan. Antaranya adalah warganegara yang bertanggungjawab, pekerja berilmu, Global Player serta murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Kesemuanya ini adalah pecahan daripada teras pembangunan pendidikan iaitu Falsafah Pendidikan Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Wawasan 2020, Rangka Rancangan Masa Panjang, Cabaran Abad Ke-21, Model Ekonomi Baru (DEB), Teori Pembelajaran dan 4 Pillars of Education. Ciri-ciri modal insan diterapkan dalam diri setiap pelajar bagi saling melengkapi antara satu sama lain. Diharapkan pada akhir peringkat pendidikan sekolah rendah murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian. Antara kemahiran asas yang diperlukan adalah membaca, menulis, mengira, kemahiran menaakul, kreatif, inovatif, kesedaran kesejahteraan diri, percaya kepada tuhan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai murni, berpatriotisme dan memahami budaya nasional. Kesemua kemahiran asas ini adalah penting untuk dikuasai oleh pelajar dalam menempuhi kehidupan seharian mereka kelak. Bagi mencapai hasrat ini pelbagai transformasi kurikulum yang telah dijalankan. Seperti contoh, bentuk, organisasi, kandungan, peruntukan masa, Oleh itu, setiap inovasi yang dilakukan haruslah disokong oleh semua pihak bagi menjayakannya. Sekiranya terdapat sebarang kepincangan perlulah kita bersepakat untuk menambahbaik bagi memantapkan sistem pendidikan negara. Seharusnya, bidang pendidikan perlu diambil perhatian yang serius oleh semua pihak dalam mengecapi status negara yang maju sama ada dari segi ekonominya dan mentaliti rakyatnya.

0 comments:

Post a Comment